09:28
1

Malaysian Grey Junglefowl Rooster.


Malaysian Grey Junglefowl Hen.

Ayam Hutan Kelabu Malaysia merupakan spesis ayam hutan terbaru yang mula terhasil pada akhir tahun 2014. Ianya adalah baka kacukan antara ayam kampung betina dan ayam hutan liar jantan yang mana dipercayai terkacuk secara tidak sengaja. Saiz badan yang jantan agak besar sedikit berbanding ayam Hutan Maroon dengan berat badannya mencecah 1.3kg, manakala yang betina pula seberat 650gram. Warna asas bulu badan bagi kedua-dua jantina adalah kelabu kebiruan dengan yang jantan memiliki bulu dibahagian leher dan belakang berwarna kuning keperangan, manakala bulu dibahagian bahu sayapnya berwarna merah. Bulu dibahagian dadanya pula agak unik sedikit dengan corak renda berbentuk "v" berwarna merah. Tak tau pulak saya macamana boleh jadi corak macamtu, yang pasti bukannya dari spesis ayam bantam Sebright atau yang seumpamanya. Kakinya pula berwarna kelabu kehitaman dan ekornya berwarna kelabu kebiruan. Kedua-dua cuping telinganya berwarna merah dengan sedikit warna putih yang agak pudar. Walaubagaimanapun, yang betina memiliki cuping telinga yang sempurna berwarna putih sepenuhnya. Apa yang menariknya, bunyi kokokannya sangat pendek dan seiras dengan ayam hutan liar sehinggakan saya pernah terperdaya kerana menyangkakan ada ayam hutan liar yang berkeliaran dikawasan reban ayam saya. Perwatakannya juga sangat liar dan sukar untuk didekati kerana ianya akan terbang keluar sebaik sahaja saya memasuki kekawasan kandang ayam saya tu. Selain daripada tu, ia juga lebih gemar tidur diatas pokok dan takut untuk memasuki reban walaupun kesemua ayam saya yang lain tidur didalam reban.

Pada tanggal 25/8/15, buat pertama kalinya saya berjaya menangkap dan memegang ayam tersebut untuk dikurung bagi melakukan proses penjinakan selain memudahkan saya mengambil gambarnya. Pada mulanya agak sukar juga untuk saya menangkapnya tetapi setelah dipegang dan dibelai, tindakbalasnya adalah hampir sama sepertimana ayam-ayam hutan kacukan yang lain dan takdelah meronta sepertimana ayam hutan liar tetapi ianya agak garang sedikit dan suka mematuk tangan saya. Walaupun ciri-ciri yang ada padanya masih belum menepati kriteria yang saya kehendaki, namun ianya masih boleh dipertingkatkan dengan melakukan proses pengeluaran baka-baka baru daripada generasinya yang mungkin akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dicapai.

Ayam Hutan Kelabu jantan muda (2018).

1 comments:

  1. saudara saya ada bagi anak ayam,warna kelabu ,tak tau jenih apa ,dia kata spesis hutan,ntah saya pon tak tau...

    ReplyDelete