Burung Lovebird kebanyakannya berasal dari benua Afrika. Ianya tergolong dalam kategori burung Kakaktua @ Nuri @ Parrot yang bersaiz kecil iaitu sekitar 13-17cm panjang dengan berat sekitar 40-60gram. Kebiasaannya burung jenis ini hidup secara berpasangan dalam kelompok kumpulan yang kecil sekitar 20 ekor atau lebih dan jangka hayatnya pula boleh mencapai sehingga 10-15 tahun. Burung jenis ini juga suka mengeluarkan bunyi dan sangat aktif serta amat sesuai untuk dijadikan haiwan hiasan.
Jenis-jenis:
Terdapat pelbagai variasi bagi burung jenis ini antaranya Peach-faced @ Rosy-faced, Yellow-collared @ Masked, Fischer's, Black-cheeked, Black-collared @ Swindern's, Black-winged @ Abyssinian, Red-headed @ Red-faced, Grey-headed @ Madagascar, Lilian's @ Nyasa dan pelbagai lagi daripada jenis mutasi yang dibiakkan oleh para pembiak burung Lovebird. Fischer's, Masked dan Black-cheeked Lovebird mempunyai warna berbentuk gelang putih disekeliling matanya dan ia merupakan identiti utamanya.
Pengenalan Jantina:
Jantina burung Lovebird agak sukar untuk ditentukan dengan hanya melihat fizikalnya sahaja kecuali bagi variasi Grey-headed yang mempunyai warna kelabu dibahagian atas belakang, leher dan kepala bagi yang jantan. Manakala bagi variasi yang lain, ciri-ciri fizikalnya adalah hampir sama. Antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengenali jantina burung Lovebird khususnya yang telah matang adalah dengan cara merasai tulang pelvik atau sepit udang dibawah punggungnya, yang jantan mempunyai ruang tulang pelvik yang sempit dan keras, manakala yang betina mempunyai ruang tulang pelvik yang lebih luas dan lembut. Paruh yang jantan kebiasaannya lebih besar atau lebar sedikit berbanding yang betina. Yang jantan juga lebih banyak mengeluarkan bunyi dan mempunyai nada yang lebih tinggi berbanding burung yang betina. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga cara tersebut bukanlah 100% tepat. Cara lain adalah dengan melihat karektor masing-masing semasa ianya dalam proses untuk membuat sarang sebagai tempat bertelur. Lazimnya yang betina akan mengangkut bahan-bahan kedalam sarang dengan menggunakan paruhnya atau diletakkan bahan-bahan tersebut dibahagian bawah kepaknya. Yang betina akan berada didalam sarang, manakala yang jantan akan berjaga diluar sarang. Yang jantan juga akan menyuap makanan kepada yang betina. Walaubagaimanapun, kadang-kadang yang betina juga akan menyuap makanan kepada yang jantan. Ada juga yang menggunakan cara "elektro magnetik" (ni saya main letak je nama ni) iaitu menggunakan besi bagi mengesan aura yang terdapat pada burung-burung tersebut. Tindakbalas daripada besi tersebut akan menghasilkan satu corak ayunan samada lurus (jantan) atau berpusing mengikut lawan arah jam (betina). Tindakbalas ini juga mungkin berpunca daripada arus elektrik atau chromosome DNA XX & XY yang terdapat pada burung tersebut atau lain-lain sebab yang saya sendiri belum memahami sepenuhnya. Dalam istilah sains, faktor XX menandakan burung tersebut adalah jantan dan XY adalah betina. Namun ada juga burung yang memiliki lebih daripada 1 faktor seperti XXXY dan sebagainya. Cara magnetik ini juga bukanlah 100% tepat kerana terdapat juga burung yang boleh menghasilkan kedua-dua bentuk tindakbalas tersebut selepas beberapa kali ujian magnetik itu dilakukan keatasnya. Bahkan ada juga burung yang telah diketahui kesahihan jantinanya dan telah menjadi induk menghasilkan corak ayunan yang bertentangan dengan jantinanya. Manakala cara yang paling tepat adalah dengan melakukan ujian darah bagi mengesan DNA atau setelah pasangan burung Lovebird tersebut memiliki anak dengan memperhatikan perbezaan karektor seperti yang telah dinyatakan diatas.
Pembiakan:
Tempoh matang bagi burung Lovebird adalah sekitar usia 1 tahun. Burung Lovebird liar yang terdapat didalam hutan akan membuat sarangnya didalam rongga atau lubang yang terdapat pada pokok-pokok kayu yang tinggi. Manakala Lovebird yang dipelihara secara kurungan lazimnya menggunakan sarang kotak kayu, pot tanah liat atau tempurung kelapa yang disediakan oleh pemiliknya. Kebiasaannya jumlah telur yang boleh dihasilkannya adalah sekitar 4-6 biji sepusingan.
Pemakanan:
Antara makanan utamanya adalah biji-bijian, buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Makanan berbentuk biji-bijian adalah seperti skoi, kuaci, jagung, barli, kacang soya, kacang hijau, padi, bijan, beras, gandum, oat, isirong sawit dan sebagainya. Manakala makanan berbentuk buah-buahan adalah seperti buah epal, pear, pisang, betik, mangga manis, berry/cherry, ara, tembikai, kiwi, kelapa sawit, jambu batu dan lain-lain lagi. Makanan berbentuk bunga-bungaan adalah seperti bunga matahari, teratai, tulip, bunga pokok-pokok herba dan sebagainya. Makanan yang berbentuk sayur-sayuran pula adalah seperti kobis, broccoli, timun, lobak merah, ubi kentang, kangkung, rumput napier dan lain-lain. Berbanding dengan variasi Lovebird yang lain, Black-winged Lovebird mumpunyai diet pemakanan yang berbeza iaitu serangga dan buah ara, manakala variasi Black-collared Lovebird mempunyai diet pemakanan utama daripada buah ara. Justeru itu, kedua-dua spesis burung Lovebird jenis ini agak sukar untuk dibiakkan didalam sangkar.
0 comments:
Post a Comment