21:18
6

A pair of Budgie Bird.

Burung Budgie @ Baji atau nama sebenarnya Budgerigar merupakan sejenis burung Kakaktua @ Parrot daripada keluarga Parakeet yang mana ianya mempunyai saiz badan yang kecil dengan ekor yang panjang dan tidak memiliki sebarang bulu mahkota atau jambul dibahagian kepalanya. Terdapat 2 kategori burung Budgie. Kategori pertama bersaiz kecil dan berasal dari negara Australia, manakala kategori kedua bersaiz besar dan dikenali sebagai English Budgie yang mana ianya dipercayai baka yang berasal dari Australia tetapi telah dipertingkatkan diEngland. Sebagaimana burung daripada keluarga Parrot yang lain, burung Budgie juga hidup secara berpasangan dan berkumpulan. Pengenalan jantina bagi burung Budgie adalah lebih mudah ditentukan setelah umurnya telah matang. Secara umumnya, yang jantan mempunyai benjolan pada pangkal paruh berwarna biru purple, manakala yang betina berwarna putih atau coklat pudar dan boleh bertukar menjadi coklat sekiranya ia sedang bertelur. Bagi burung yang masih muda dan belum matang, benjolan pada paruh kedua-dua jantina adalah berwarna pink. Kebiasaannya, burung yang betina mampu mengeluarkan telur sekitar 4-8 biji sepusingan. Manakala proses pengeraman telurnya pula akan mengambil masa sekitar 18 hari. Hanya burung Budgie betina sahaja yang akan melakukan pengeraman, manakala yang jantan akan menjaga diluar sarang dan memberi makan kepada yang betina. Berbanding burung Budgie liar yang membuat sarang didalam rongga atau lubang pada pokok yang bersaiz besar, kebanyakan pemilik burung Budgie menggunakan kotak kayu atau tempurung kelapa yang ditebuk sebagai sarang tempat ianya bertelur. Burung jenis ini sangat popular dipelihara sebagai haiwan hiasan dan ianya menduduki tangga ke-3 didunia selepas anjing dan kucing.


Induk betina#1 yang sedang mengeram.


Induk betina#2 yang sedang mengeram.


Telur burung Budgie didalam sarang tempurung.


Anak burung Budgie yang baru menetas.

PEMBIAKAN BURUNG BUDGIE.
Burung Budgie yang dipelihara didalam sangkar atau reban kebiasaannya mampu membiak sepanjang tahun. Sebagaimana burung jenis nuri yang lain, burung Budgie juga hidup secara berpasangan @ monogami. Tempoh matang bagi burung Budgie pula adalah seawal usia 5 bulan, dan mula bertelur pada usia sekitar 6 bulan. Bagi menyediakan sarang sebagai tempat ianya bertelur, saya menyediakan beberapa biji tempurung kelapa yang ditebuk tupai dan juga kotak kayu. Walaubagaimanapun, burung-burung Budgie saya ini lebih suka memilih sarang yang dibuat daripada tempurung kelapa. Untuk makluman, sarang tempurung kelapa juga adalah lebih baik berbanding sarang kotak kayu kerana kesemua telur-telur yang terdapat didalamnya akan berkumpul disatu tempat dan tidak akan berselerak sepertimana yang sering terjadi kepada sarang kotak kayu. Selain daripada itu, ia juga lebih efektif dalam proses pemerangkapan haba. Didalamnya pula saya isikan dengan sedikit habuk kayu @ sisa ketaman kayu yang bersaiz kecil sebagai alas. Masalah utama penggunaan sarang tempurung adalah dari segi pemantauan telur-telur dan anak-anak yang menetas. Kita akan mengalami kesukaran untuk melihat perkembangan telur-telur atau anak-anak yang terdapat didalam sarang tempurung tersebut, lebih-lebih lagi jika ianya diletakkan ditempat yang lebih tinggi daripada paras kepala kita atau saiz pintu reban yang dibuat terlalu kecil. Bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan kamera untuk menangkap gambar suasana dalaman sarang tempurung tersebut dan hasilnya boleh dilihat sepertimana yang tertera didalam gambar-gambar diatas. Proses pengambilan gambar ini hanya boleh dilakukan semasa induk betina yang berada didalam sarang keluar daripada sarangnya. Walaubagaimanapun, terdapat juga induk betina yang akan menjaga sarangnya secara intensif dan tidak membenarkan apa jua bentuk gangguan terhadap sarangnya, bahkan sekiranya ia berada diluar sarang, ia akan cepat-cepat memasukinya semula sebaik sahaja saya cuba membuka pintu reban. Jadi, kalau dapat burung Budgie yang seperti ini, memang agak sukar untuk kita memantau perkembangan anak-anak yang berada didalam sarang yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Manakala penggunaan kotak kayu yang mempunyai pintu adalah lebih mudah untuk kita membuat pemantauan.


Anak burung Budgie berusia kurang 1 minggu.

Albino Budgie.

English Budgie.

Lutino Budgie.

Anak EB Double Yellow Lutino.

Anak EB X C Sky Blue.

Anak English Budgie 1 bulan.

Anak Baji Albino saiz B (kiri) & C (kanan).

Induk English Budgie.

6 comments:

  1. boleh ke kita buat nest box mengunakan arclix untuk lebih mudah pantau perkembangan anak budgie..

    ReplyDelete
  2. Arclex (glass bonded mica). Boleh cuba. Blh jgk guna kaca/plastik lutsinar sbg pintu kat kotak kayu tu. Kalo burung ada masalah dgn cahaya yg masuk, letak 1 lapis lg penghadang cahaya kat pintu tu. Ni nk kena kreatif sikit.

    ReplyDelete
  3. Where is the place at Sibu that I can sell my budgie

    ReplyDelete
  4. ada yang nk jual burung baji induk
    nk yang murah murah

    ReplyDelete
  5. nak tanya burung baji bole mandi?

    ReplyDelete