A 500g Malaysian Red Phoenix Bantam Rooster.
(Probably this is one of the smallest Phoenix fowls in the world.)
Ayam Phoenix (Finiks@Fee-nicks) merupakan sejenis ayam yang dihasilkan melalui beberapa proses kacukan diantara ayam Onagadori dan ayam-ayam lain seperti Leghorn, Modern Game, Ayam Hutan, Bantam, ayam dari Malaysia (ayam kampung@Malay fowl) dan pelbagai lagi. Dengan kata lain, ayam Phoenix adalah ayam Onagadori Kacukan. Ianya dipercayai telah dihasilkan diJerman dan dikembang-biakkan dinegara-negara Eropah, US dan Asia. Tidak sepertimana ayam Onagadori yang mempunyai ekor yang panjang dan boleh mencecah sehingga melebihi 20 kaki, panjang ekor ayam Phoenix hanya sekitar 2-5 kaki sahaja. Ekor ayam Phoenix dewasa juga akan bersalin bulu setiap 2 hingga 3 tahun sekali bagi yang jantan dan setahun sekali bagi yang betina. Bulu ayam Phoenix pula adalah lebih keras berbanding ayam Onagadori yang mempunyai bulu badan yang lembut dan panjang. Kebanyakan ayam Phoenix juga mempunyai kaki yang berwarna kelabu gelap kehitaman atau biru kekelabuan, manakala ayam Onagadori yang asli mempunyai kaki yang berwarna kuning atau hijau. Jepun juga tidak mempunyai sebarang jenis ayam yang berkaki hitam. Terdapat 2 versi ayam Phoenix, iaitu yang bersaiz biasa dengan berat melebihi 1kg (sama saiz dengan ayam Onagadori) dan satu lagi adalah Phoenix bantam yang memiliki berat sekitar 600g. Phoenix bantam adalah lebih menarik berbanding Phoenix biasa. Terdapat pelbagai variasi warna ayam Phoenix seperti Silver, Gold, Red, Black, White, Grey dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment