14:49
0

Induk ayam Silver Sebright Bantam.

Berasal dari UK, ayam jenis ini dipercayai terhasil daripada proses kacukan antara beberapa jenis ayam termasuk Black Rosecomb Bantam (British), Polish (Holland), Hamburgh (Holland) dan Nankin (China). Namanya diambil sempena nama pencipta ayam jenis ini iaitu Sir John Saunders Sebright. Ayam Silver Sebright Bantam baka asli memiliki ciri-ciri warna silver keputihan dengan lilitan warna hitam pada setiap helai bulunya, manakala bulu halus pada bahagian bawah punggung dan pahanya berwarna hitam. Yang jantan mempunyai balung bersaiz besar berbentuk bunga ros (rosecomb), manakala yang betina mempunyai balung bersaiz kecil dan hampir tidak kelihatan. Warna matanya adalah hitam dan warna kakinya pula adalah biru kekelabuan (slate blue). Berat badan bagi ayam dewasa adalah sekitar 500-600gram sahaja. Ciri-ciri uniknya pula adalah bentuk ekor dan corak warnanya adalah sama bagi yang jantan dan betina. Terdapat hanya 2 variasi asal bagi ayam jenis ini iaitu Silver dan Gold, manakala variasi moden yang lain adalah seperti Chamois (sebutannya "Shaemwaa")@Buff, Citron, Lilac, Lavender, Slate Blue dan pelbagai lagi. Sekitar tahun 2013, harga pasaran semasa bagi versi asal ayam jenis ini diMalaysia adalah RM600 sepasang (induk) dan RM300 sepasang (anak muda), manakala jenis kacukan dijual dengan separuh harga. Bagi variasi moden pula seperti Chamois, Lavender dan Slate Blue, harganya boleh mencecah ribuan ringgit sepasang.


Induk Betina yang sedang mengeram & anak ayam yang baru menetas berusia 1 hari.

*2 gambar diatas agak kekuningan atas faktor flash daripada kamera.



3 ekor anak ayam berusia 2 minggu & sepasang berusia 1 bulan.


Seekor anak ayam jantan berusia 1.5 bulan & sepasang berusia 2.5 bulan.


Induk generasi kedua.

0 comments:

Post a Comment