Burung Puyuh Hutan @ Tanah yang pernah masuk kedalam reban burung aku. Saiznya jauh lebih kecil daripada burung puyuh pedaging atau penelur tetapi corak warnanya seakan sama sahaja. Bagi burung puyuh ini, aku mengambil pendekatan tangkap dan lepaskan selepas selesai mengambil gambarnya untuk dikongsi dengan kalian semua.. mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah melihat burung puyuh jenis ini. Berbeza dengan kebanyakan spesis burung yang lain, burung puyuh betina jenis ini akan bergaduh sesama jantinanya bagi memikat burung yang jantan. Burung yang betina juga mampu mengeluarkan telur sekitar 3-5 biji setiap pusingan, namun hanya yang jantan sahaja yang akan mengeram telur-telur tersebut. Corak warna yang betina juga adalah lebih menyerlah dengan terdapatnya tompok hitam dibahagian bawah leher sekitar dadanya, manakala yang jantan memiliki warna coklat kemerahan diseluruh bahagian bawah badannya. Untuk makluman, burung puyuh hutan termasuk didalam senarai haiwan yang hampir diancam kepupusan. Justeru itu, memburu, memelihara dan memperdagangkan burung puyuh jenis ini tanpa lesen yang sah adalah salah disisi undang-undang Malaysia dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Walaubagaimanapun, akta tersebut dikecualikan bagi kalangan orang-orang asli yang menjadikan burung puyuh sebagai sumber makanan. Gambar pertama adalah burung puyuh betina, manakala gambar kedua adalah burung puyuh jantan.
terbaik
ReplyDelete