15:43
6

Silver Onagadori cock.

Ayam Onagadori berasal dari negara Jepun. Didalam bahasa Jepun, perkataan "Onaga" bermaksud "ekor panjang", manakala "dori" bermaksud "ayam". Dengan kata lain "Onagadori" bermaksud "Ayam Ekor Panjang". Terdapat pelbagai variasi warna seperti White, Silver, Red & Gold. Kakinya berwarna kuning atau hijau olive dan cuping telinganya berwarna putih sama sepertimana ayam Hutan Merah Malaysia, manakala balungnya berbentuk jeriji berwarna merah. Bunyi suara kokokan bagi yang jantan pula adalah bernada panjang. Ciri-ciri eksotik ayam Onagadori terletak pada ekornya yang panjang dan ianya boleh mencecah hampir 30 kaki bagi yang jantan dan melebihi 1 kaki bagi yang betina, bahkan bulu belakangnya juga tumbuh panjang menjurai dan boleh mencecah sehingga 1/3 daripada panjang ekornya. Ia juga merupakan spesis burung atau mungkin juga spesis haiwan yang memiliki ekor paling panjang didunia! Walau bagaimanapun, ayam Onagadori memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan ekornya tidak rosak atau gugur. DiJepun, ayam Onagadori jantan dipelihara secara bersendirian didalam almari khas yang dikenali sebagai "Tombaku". Tujuannya adalah untuk memastikan pertumbuhan ekor yang maksima disamping menjaga keindahan bulu ayam tersebut. Ayam Onagadori juga telah digazetkan oleh kerajaan Jepun sebagai salahsatu daripada khazanah negara dan ianya tidak dibenarkan untuk tujuan eksport.
*Ayam yang tertera didalam gambar diatas berada dalam kondisi yang tidak sempurna.


Tombaku (Onagadori cage/cabinet).


Ayam Onagadori Putih induk betina#1.


Ayam Onagadori Putih induk betina#2.


Ayam Onagadori Silver induk betina#1.


Ayam Onagadori Putih betina matang.

Alkisah 2 ekor ayam Onagadori betina berusia 6 bulan tinggal bersama dengan anak-anak ayam Mutiara. Apa yang menariknya, si ayam Onagadori betina tu sudi la pulak menjaga anak-anak ayam Mutiara@Api-api yang aku asingkan daripada ibunya, walhal ia belum pernah bertelur dan mempunyai anak sendiri. Tak tau la pulak aku macam mana anak-anak ayam tu "convince" dia untuk menjadi ibu angkat mereka atau pun si ibu ayam tu "kautim" anak-anak ayam tu untuk menjadi anak angkatnya. Mungkin jugak atas faktor belas kasihan atau sekadar untuk mendapat pengalaman menjadi ibu mithali terlebih dahulu. Kadang-kadang dia bagi makan anak-anak ayam Mutiara tu dan membiarkan anak-anak ayam tu memanaskan badan dibawah perutnya seolah-olah anak-anak ayam tu anaknya sendiri. Kira ada sifat keibuan jugak la ayam Onaga ni rupanya - mengalahkan sesetengah manusia! Dok gitu! Walau bagaimanapun, ayam Onaga betina ni hanya menjaga anak-anak angkatnya itu pada waktu siang sahaja. Pada sebelah malam, ia akan membiarkan anak-anak ayam tu tidur dibawah dan dia pulak tidur bertenggek diatas dahan kayu yang aku sediakan didalam reban. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah jugak anak-anak ayam tu merasai kasih sayang daripada seekor ibu!


Anak ayam Onagadori Putih berusia 1.5 bulan.


Ayam Onagadori Silver diJepun.


Japanese White Onagadori in Malaysia.
(Photo credited to UPM)

In 2017, Malaysia has received a truely pure Onagadori cock originated directly from Japan. It was honoured by a Japanese government to University Putra Malaysia as a symbol to commemorate the university’s strategic partnership with Kyushu Economic Federation (Kyukeiren) of Japan. The fowl is currently exhibited at UPM's Faculty of Veterinary. Though it is not a live fowl but a mounted from a dead body of Onagadori, on the other hand a mummy of Onagadori. The good thing is, this is a pure and high quality Onagadori fowl, no need to feed him or take daily care of him and there is no worry for his health & not even worry for his death coz it's already dead. The bad thing is you cannot hear his crowing voice and you definitely cannot breed it. It just for educational, research & exhibition purposes. But as a Malaysian, we would appreciate the efforts from a vice chancelor of UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris to brought this remarkable protected exotic fowl of Japan into Malaysia. Well done.

This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.

6 comments:

  1. tuan jual x bibit ayam

    ReplyDelete
  2. As'salam boss saya sangat berminat dgn onagadori ni. Berapa ye harga untuk anak jantan onagadori tq.

    ReplyDelete
  3. As'salam saya nk bertanya berapa ye harga utk ayam onagadori asli tq.

    ReplyDelete
  4. No.fon/Whatsapp ada dilaman "Contact UA" utk berurusan.

    ReplyDelete
  5. No.fon/Whatsapp ada dilaman "Contact UA" utk berurusan.

    ReplyDelete