Pengenalan
Burung merak merupakan salahsatu jenis burung yang paling cantik didunia. Terdapat 3 spesis burung merak liar iaitu Merak Hijau, Merak Biru@India dan Merak Afrika@Congo. Burung Merak hijau hidup bebas didalam hutan dinegara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Laos, Cambodia dan Vietnam. Manakala burung Merak Biru banyak terdapat dinegara India & Sri Langka. Burung Merak Afrika pula berasal dari negara Congo dibenua Afrika. Terdapat juga spesis mutasi yang terhasil daripada proses kacukan diantara burung-burung merak tersebut antaranya termasuk burung merak Black Shoulder yang juga dikenali sebagai Japanned peafowl, merak putih, merak albino, pied, spalding dan pelbagai lagi variasi yang lain. Manakala Merak Pongsu yang terdapat didalam hutan tropika Malaysia adalah tergolong didalam kalangan spesis burung Kuang.
Ciri-ciri
Berlainan dengan spesis burung merak Hijau yang kedua-dua jantinanya memiliki warna yang hampir sama, burung merak India jantan dewasa mempunyai warna biru dibahagian leher sehingga ke dadanya, hijau keemasan dengan corak sisik ikan dibahagian hadapan atas belakangnya, putih susu dibahagian bawah badannya, putih susu dengan corak bar berwarna hitam dibahagian sayapnya dan ekor panjangnya berwarna hijau emas dengan gandingan warna biru. Manakala merak India betina dewasa memiliki warna hijau tua dikeseluruhan badannya dengan gandingan warna putih susu dibahagian bawah badannya. Bagi variasi burung merak Black Shoulder pula, corak warna bagi yang jantannya adalah hampir menyamai dengan variasi burung merak India kecuali pada bahagian sayapnya yang berwarna hitam kebiruan tanpa corak bar. Apa yang uniknya, merak Black Shoulder betina memiliki warna putih susu dengan corak hitam dikeseluruhan badannya yangmana ciri-ciri tersebut berlainan sekali dengan spesis burung merak India walaupun ianya adalah didalam kelompok keluarga yang sama. Manakala bagi kesemua anak-anak Black Shoulder yang baru menetas akan memiliki warna putih kekuningan samada ianya jantan atau betina dan proses pertumbuhan corak warna hitamnya akan mula berlaku setelah ianya menjangkau usia beberapa hari atau minggu. Perbezaan warna diantara jantan dan betina akan lebih menyerlah setelah ianya mencapai usia 6 bulan atau lebih. Yang jantan akan memiliki warna merah yang jelas pada sayapnya. Manakala merak Putih dan merak Albino memiliki warna putih solid dikeseluruhan badannya dengan perbezaan pada warna merah unggu@pink pada bahagian mata bagi merak Albino. Jantina bagi yang masih belum matang juga agak sukar untuk ditentukan memandangkan kedua-kedua jantinanya memiliki corak warna yang sama. Merak Spalding pula adalah hasil kacukan diantara spesis burung merak Hijau dengan variasi burung merak India. Terdapat pelbagai variasi warna yang dihasilkan daripada kelompok burung merak jenis ini termasuk warna buff, coklat dan lain-lain. Variasi Pied pula merujuk kepada mana-mana jenis burung merak yang memiliki bulu badan dengan dwi warna atau bertompok yang kebiasaannya berwarna putih disamping warna asas yang lain.
Pemakanan
Sebagaimana spesis burung Kuang dan ayam hutan liar, burung merak juga mencari makanan diatas tanah. Antara diet pemakanannya adalah biji-bijian, buah-buahan, serangga atau haiwan kecil dan juga rumput-rumputan. Manakala burung merak yang dipelihara didalam kurungan lazimnya diberi makanan berupa dedak ayam pedaging, jagung, gandum, padi, sayur atau rumput dan juga buah-buahan seperti pisang, betik dan lain-lain. Ia juga boleh menerima makanan-makanan lain untuk kegunaan manusia seperti nasi, roti, mee dan sebagainya.
Pembiakan
Tempoh kematangan bagi spesis burung merak adalah pada usia 3 tahun. Walau bagaimanapun, ada juga yang boleh mencapai kematangan pada usia yang lebih muda sekitar 2 tahun. Secara umumnya, musim membiak bagi burung merak yang terdapat diAsia adalah sekitar bulan January hingga Jun setiap tahun. Seekor induk betina lazimnya mampu mengeluarkan telur sebanyak 4-8 biji sepusingan bergantung kepada tahap kesuburan, kesihatan, genetik, usia, makanan dan persekitaran. Manakala burung merak yang dimiliki oleh pihak Uniaga Aviary (lihat gambar) lazimnya akan mula bertelur dan membiak sekitar bulan January hingga Mei setiap tahun. Kapasiti pengeluaran telurnya adalah diantara 4-14 biji sepusingan (per batch) dengan kekerapan bertelur sebanyak 3-6 kali setahun. Proses pengeluaran telurnya adalah berselang-seli 1 hari manakala tempoh berehat bagi setiap pusingan adalah selama 3 minggu. Saiz telurnya adalah lebih besar sedikit daripada telur ayam belanda dan lebih kecil sedikit daripada telur angsa serta memiliki kulit cengkerang yang keras seperti telur ayam mutiara. Proses pengeramannya pula adalah selama 26 hari. Bagi anak-anak merak Indian Blue yang baru menetas, warna asasnya adalah coklat dan kelihatan seperti anak ayam belanda. Bulu sayapnya juga telah pun tumbuh semenjak dari dalam telur lagi. Ianya mampu terbang sebaik usianya mencecah beberapa hari. Anak burung merak juga mengalami pertumbuhan yang sangat cepat berbanding ayam. Ia boleh dipelihara secara komuniti bersama dengan unggas-unggas daripada jenis yang lain. Ia juga boleh dijinakkan dan dipelihara lepas bebas secara terbuka. Walau bagaimanapun, burung merak sangat gemar menerokai kawasan sekitarnya dan boleh berjalan jauh sehingga beratus atau beribu meter daripada rebannya namun kebiasaannya ia dapat mengingati lokasi reban dan kembali semula. Semasa musim mengawan berlaku, burung merak jantan akan sentiasa mengembangkan ekornya bagi memikat yang betina. Setelah musim mengawan berlalu, kesemua ekor panjangnya akan gugur satu persatu dan proses bersalin bulu ini akan berlaku setiap tahun. Burung merak juga mengamalkan sistem poligami yakni seekor pejantan boleh memiliki beberapa pasangan betina namun jumlah betina yang terlalu banyak akan mendatangkan risiko fertilasi terhadap telur-telur yang akan dihasilkan. Jadi jumlah pasangan betina untuk seekor pejantan adalah disyorkan tidak melebihi 4 ekor. Lagi kurang lagi baik. Merak pejantan juga bersifat menguasai kawasannya dan mungkin akan bergaduh dengan pejantan yang lain bagi mengekalkan status quo dikawasan yang dimilikinya lebih-lebih lagi ketika musim mengawan berlangsung. Pergaduhan ini juga boleh menyebabkan salah seekornya maut. Jadi adalah lebih baik kita mengasingkan setiap induk pejantan didalam reban yang berasingan. Merak pejantan juga akan lebih kerap mengeluarkan bunyi suara yang kedengaran seperti "pee-fow" dan "thok-thok" ketika musim mengawan. Selepas proses mengawan berlangsung sekitar 2-3 minggu, burung merak betina akan mula membuat sarang dan bertelur diatas tanah atau didalam sarang yang disediakan. Waktu bertelurnya pula adalah sekitar lewat petang atau awal malam.
Status Pemuliharaan
Burung Merak India atau nama saintifiknya Pavo cristatus adalah haiwan yang tidak dilindungi diMalaysia. Manakala burung Merak Hijau (Pavo muticus) adalah haiwan yang dilindungi diMalaysia yangmana memburu, memelihara dan menjual-beli burung merak spesis ini memerlukan lesen atau permit daripada Jabatan Perhilitan.
Peacock & Indian Blue peahen.
2 of Phoenix cockerels watching the peacock's show for the first time.
Peafowl eggs.
Peahen incubating her eggs.
Few hours old peachicks.
1 month old peachicks.
Some of juveniles.
Max. 14 eggs/batch from a single peahen.
Peachicks & their father.
Some of Black Shouldered peachicks.
A pair of Black Shouldered juvenile.
A pair of Indian Blue juvenile.
A two-year-old Black-shouldered peahen sat in a wooden custom-made box to lay her first egg while watched curiously by two 1-year-old Indian Blue pullets.
Egg's size comparison between Standard India Blue (centre), Blue Hybrid (left) & Black Shoulder (right).
0 comments:
Post a Comment