Tips mengenali jantina anak angsa. Agak sukar juga untuk mengenali jantina anak angsa. Apa yang kita boleh tengok adalah yang pertama saiznya. Yang jantan selalunya lebih besar daripada yang betina. Dan yang kedua adalah bentuk punggungnya. Punggung yang betina selalunya berbentuk bulat dan yang jantan berbentuk bujur. Walau bagaimana pun, kedua-dua cara tersebut tidak semestinya 100% tepat kerana anak angsa yang menetas dahulu lebih cepat membesar daripada yang menetas kemudian walaupun perbezaan umurnya hanya 1 atau 2 hari, manakala punggung yang betina tidak semuanya berbentuk bulat.. ada juga yang berbentuk bujur. Satu cara lagi adalah dengan melihat bentuk tengkuknya. Tengkuk yang jantan selalunya lebih panjang daripada yang betina. Kebiasaannya cara ini boleh digunakan untuk anak angsa yang berusia sekitar 2-3 bulan atau lebih. Saya juga pernah mendapat 7 ekor anak angsa yang kesemuanya sama saiz dan memiliki bentuk punggung yang bujur. Memang agak sukar untuk menentukan jantinanya. Setelah anak angsa tersebut mencapai umur sekitar 2 bulan, barulah saya melihat perbezaan yang agak ketara pada tengkuk anak-anak angsa saya itu. 3 ekor daripadanya memiliki tengkuk yang lebih panjang dan disahkan sebagai jantan, manakala 4 ekor lagi mempunyai tengkuk yang lebih pendek dan telah disahkan sebagai betina. Bentuk badan yang jantan juga adalah lebih panjang daripada yang betina. Lihat contoh anak angsa yang dah berusia sebulan didalam gambar diatas dan cuba teka yang mana satu jantan dan yang mana satu betina?
Hai. Brpa lama tempoh menetas angsa secara semulajadi
ReplyDelete