Induk ayam Belanda @ Piru @ Turkey jenis Royal Palm. Ni ayam belanda pertama yang aku pernah pelihara. Dah menghasilkan banyak anak. Kali pertama bertelur sebanyak 17 biji, mengeram 26 hari, yang menetas 13 ekor sahaja, 3 biji x menetas dan 1 biji lagi dah masuk kedalam perut aku. Sedap jugak rasa telur ayam belanda ni.. berlemak macam nasi lemak.
Ni contoh anak ayam Belanda Royal Palm yang berusia 18 hari. Warna bulu hitam pun masih belum kelihatan lagi. Semua sekali 11 ekor. Aku asingkan ia daripada ibunya selepas menetas 2 hari. Tapi kesemuanya telah pun dijual secara borong dengan harga RM15 seekor. Dapat jugak aku beli dedak GoldCoin 1 guni. Harga dedak pun hampir mencecah RM100 seguni/50kg.
0 comments:
Post a Comment