Ayam Hutan Merah Malaysia @ Malaysian Red Junglefowl atau nama saintifiknya Gallus gallus. Berasal dari Malaysia. Yang jantan mempunyai kombinasi warna hitam dan merah, manakala yang betina berwarna hijau gelap dan mampu mengeluarkan telur sebanyak 6-7 biji bagi setiap pusingan. Semua ayam hutan asli adalah bersaiz kecil dengan berat kurang dari 1kg, mempunyai balung yang kecil berbentuk seperti mata gergaji, cuping telinga berwarna putih sepenuhnya, kaki berwarna hitam berkilat dan bulu sisir pada bahagian sisi ekornya tidak melebihi 4 helai. Bunyi kokokan ayam hutan juga adalah pendek dan bernada tinggi. Mempunyai keupayaan untuk terbang dengan jarak yang agak jauh berbanding ayam domestik atau ayam kampung. Ayam jenis ini juga amat sukar atau boleh juga dianggap sebagai mustahil untuk dijinakkan kerana sifatnya yang liar dan takut kepada manusia. Antara masalah utama untuk memelihara ayam hutan asli yang ditangkap didalam hutan adalah:
1) Kemampuan untuk hidup - Kebiasaannya ayam hutan liar yang ditangkap samada yang kecil atau yang dewasa kemudian dikurung didalam sangkar akan mati dalam masa lebih kurang 3 hari sahaja. Ini adalah kerana keengganannya untuk makan dan minum, kecederaan semasa cuba melepaskan dirinya dari dalam sangkar dan tekanan mental yang dihadapinya. Ia juga cenderung untuk membunuh dirinya.
2) Kemampuan untuk jinak - Secara amnya, ayam hutan asli tidak boleh dijinakkan sama sepertimana kuda belang. Apa yang boleh dilakukan oleh pemiliknya adalah menjadikannya tidak takut dengan kehadiran manusia dan proses tersebut mengambil masa yang agak lama bergantung kepada kemahiran individu yang menjaganya.
3) Kemampuan untuk membiak - Pembiakkan ayam hutan asli yang dikurung didalam sangkar juga agak sukar untuk dilakukan kerana keengganannya untuk mengawan. Hanya sebahagian kecil sahaja pemelihara yang berjaya membiaknya didalam sangkar khas dan ianya mengambil masa sehingga bertahun-tahun lamanya.
Kesemua gambar yang tertera diatas adalah ayam hutan asli kecuali gambar no.3 yang merupakan ayam hutan kacukan. Nampak perbezaannya? Gambar no. 1 dan 2 adalah ayam hutan asli jantan. Manakala gambar no. 4 menunjukkan sepasang ayam hutan asli remaja, yang dibahagian hadapan adalah betina, perhatikan bentuk ekornya yang berbeza dengan ayam kampung. Gambar no. 5 adalah anak ayam hutan asli yang berusia sekitar 2 bulan, yang berdiri dibahagian atas adalah jantan dan yang dibawah adalah betina. Gambar no. 6 adalah anak ayam hutan asli yang berusia sekitar 1 bulan, yang disebelah kiri adalah jantan dan yang disebelah kanan adalah betina.
LARANGAN MEMBURU, MEMELIHARA ATAU MENJUAL-BELI AYAM HUTAN
Ayam Hutan asli dilindungi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Memburu, memelihara atau memperdagangkan ayam hutan asli adalah salah disisi undang-undang dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali (denda sehingga RM100,000 bagi kes anak ayam hutan atau yang betina dewasa, atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali), kecuali bagi mereka yang dilesenkan oleh Jabatan Perhilitan dan juga bagi golongan orang-orang asli yang memburu untuk dijadikan makanannya sebagaimana telah termaktub dibawah akta tersebut. Pengeluaran lesen juga amat terhad dan prosidernya juga amat ketat.
LARANGAN MEMILIKI DAN MEMASANG JERAT
Bagi kesalahan memiliki sebarang jenis jerat hidupan liar (termasuk racik), didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan memasang jerat hidupan liar pula, didenda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 DAN dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun.
Uniaga Aviary adalah pemelihara ayam hutan berlesen. No. Lesen: T-10113-12-14, T-06704-12-13
Further readings..
The difference between Pure-bred and Cross-bred junglefowls.
A brief information of Maroon junglefowl.

AMARAN!!

Note: This article contains a street language of Bahasa Malaysia. Translation to other language may not accurate.
© 2013- Uniaga Aviary. Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan dan penerbitan semula artikel ini samada sebahagian atau keseluruhan, dengan atau tanpa modifikasi dan tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik adalah dilarang sama sekali.
Salam,saya nak tanya.Adakah memelihara ayam hutan kacukan salah di sisi undang2 negara?
ReplyDeleteMemelihara ayam hutan kacukan (Gallus gallus domesticus) TIDAK MEMERLUKAN LESEN. Lesen hanya diperlukan sekiranya anda ingin memburu, memelihara, membiak atau menjual-beli ayam hutan merah (Gallus gallus) yang asli sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
ReplyDeletesaya difahamkan ayam hutan melalui tiga proses kehidupan termasuk bulu meluruh, mengawan dan mengeram@beranak.
ReplyDeletejika betul, boleh maklumkan masa atau bulan2 ayam hutan melalui proses ini.
Secara amnya musim bulu meluruh berlaku semasa musim tengkujuh sekitar bulan nov-dec, musim bulu siap tumbuh semula sekitar bulan 1-2, musim membiak berlaku semasa musim panas/kemarau dan paling aktif sekitar bulan 3-6 dan boleh berlanjutan sehingga ke bulan 8 atau 10 bergantung kepada keadaan cuaca.
DeleteBoleh saya tahu , terdapat tak ayam hutan berbalung kuning ?
ReplyDeleteBalung kuning? Tak pernah jumpa lagi tu. Cuba whatsapp gambar nak tengok camana rupa dia.
ReplyDeleteSaya rasa yg di maksudkan ayam hutan sri langka berbalung kuning Tu
DeleteBerapa mahar 2 ekor anak ayam (Age 3 day old betina & jantan)...?
ReplyDeleteSaye nak beli
Assalammualaikum. Nak bertanya 1.apakah makanan yang sesuai untuk menggalakkan ayam hutan kacukan supaya aktif bertelur 2. kenapa ayam tidak mahu mengeram 3. Ayam suka patuk dan makan telur setelah bertelur
ReplyDeletesaya berminat membela ayam hutan ori.kalau ada sepasang saya mau beli.berapa sepasang.
ReplyDeleteminat mahu beli sepasang ayam hutan asli.ada yg nak jual.berapa sepasang
ReplyDeletePm phone number pls..
ReplyDeleteFind my contact no. here.. https://www.uniaga.com/p/contact.html?m=1
ReplyDelete